
.png)
|
D'Owner! ![]() Annyeonghaseyo. Welcome to my wonderland. You're now with Fateen Eiman Alia's Blog.Keep Smile ! Tagboard! ![]() Credits!
| Ummah Bermasalah atau Aku ? Assalammualaikum . Setelah sekian lama tak menaip dalam blog ni , akhirnya , Allah takdirkan hari ni untuk ana tulis dan coretkan ssomething dekat sini .
" Moga menjadi input yang baik buat semua "
Ana rasa nak tulis ni pon sebab rasanya dah tiba masa untuk ana luahkan apa yang ana rasa . Selama ni mmg ada terasa tapi malaih nak tulis . Monolog je la .
Cuma tetiba terpikiaq , aku bukan la ada peluang lain untuk meluahkan perasaan . Habeh2 sangat , dapatla bagi tazkirah depan akhowat , kurang 5 minit . Mungkin .
Paling bertuah pon dapat luahkan perasaan , berkongsi rasa , berkongsi masalah bersama Akhowat Xanthrons tyme usrah . Itupon sekarang ni dah jarang sebab yela masing2 sebok nak kejar PT3 .
Hoii , melalut panjang nampakkk .
Okeh , macam besa . Cer , kita renungkan , ummat sekarang ni .
Ya Allah .. taktau nak cakap mcamana .. Sangat tunggang terbalik .
Pernah dak terpikiaq . Kenapa jadi ceni ?
Berdasarkan buku-buku nukilan Superman Superman Daie yg luar biasa : Pahrol Juoi , Hilal Asyraf , dll .. Ana rasa dapat simpulkan . Semuanya sebab solat .
Solat tu tunjang utama diri kita .
Kalau solat tunggang langgang , tunggang langganglah kita .
Taktau nak start dari mana sebab semua masalah yg berlaku adalah sebab solat mereka , solat kita .Taktau nak bagi contoh masalah cemana sebab terlalu banyak masalah .Masalah ..
Contoh mudah , minggu ni , ada program Perkampungan Dakwah anjuran Kelab Muslim di SMK Jalan Damai . Ya , memang saya sebagai penghuni SMKA rasa perkampungan tu banyak faedah . Ada qiamulail , ada tazkirah , ceramah , solat dhuha dan sebagainya .
Cuma , jauh di sudut hati . Saya sedih , Saya terkilan . Memandangkan yg menyertai adalah sebahagian pelajar SMKJD yang beragama Islam . Jelas tak menunjukkan perbezaan .
Sedih bila melihat gelagat mereka . Sangat tak memuaskan hati . Saya tertanya-tanya . Kenapa jadi macamni ? Sampai lah tibanya waktu Solat Dhuha . Time tu saya berada di saf belakang . Alhadulillah , dpat perhatikan gelagat orang yg dihadapan . Patutlah jadi macamtu . Bayangkan betapa kecewanya hati bilamana pelajar yg brusia 13-15 tahun solat , bergelak ketawa ketika solat .Gelagat mereka seolah-olah sewaktu Kem Bestari Solat di sekolah rendah saya ketika saya Tahun 1 .
Cukup sedih . Kesedihan makin bertambah ketika seorang pelajar memakai rantai ketika tamatnya program Perkampungan Dakwah . Tertanya-tanya .. Takdak Input ka program ni ?
Point disini dah jelas .. Kita bagila qiamulail , solat dhuha skalipon . Tapi , seandainya solat tak sempurna . Taktau nak kata . Solat ni umpama maintenance untuk kita . Kalau maintenance tak ok , macamana kita nak ok .
Sebab tu kadang2 berlakunya orang yg solat cukup tapi masih buat benda2 yg tak elok sebab mungkin solat tak sempurna .
Allahuakbar .. Astaghfirullah .
Macamana ni . Kalau solat tak dititik beratkan . Hancurlah harapan . Jangan persoalkan tentang couple selfie dan sebagainya . Sebab kita dah tahu jawapan atau punca permasalahan . Solat .
No wonder banyak sangat masalah . Sehinggakan orang yg brtudung merokok . Sungguh .. Dunia dah bergolak . Bukan hanya pergolakan peperangan . Namun pergolakan iman .
Bangunlah wahai ummat . Kita harapan Ummah . Andai lumpuhnya Da'wah , lumpuhlah harapan .
Teruskan usahamu . Kerana Ummah memerlukanmu .
Wallahua'lam .
p/s : Ayat dah tunggang terbalek .. Tengok jam la . --"
|